FAQ

Adakah produk yang terdapat didalam blog ini adalah HALAL ?
Ya, sudah tentu semua produk kami adalah HALAL. Segala sumber bahan yang digunakan adalah halal dan telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Anda tidak perlu merasa ragu atau was-was dengan produk kami.


Dimanakah lokasi kedai ?
Buat pada masa ini, kami menjalankan perniagaan 100% dirumah. Lokasi kami terletak di Aman Perdana, Klang.



View

Saya tidak pernah membeli secara online. Bolehkah saya mempercayai perniagaan yang dijalankan disini ?
Kami telah beroperasi secara online sejak tahun 2010 lagi dan kami telah berurusan dengan ramai pelanggan dari seluruh Malaysia.


Bagaimanakah cara pembayaran?
Boleh gunakan kaedah online transfer (Maybank2u), cash deposit (Maybank) mengikut keselesaan anda. 


Berapa lama masa penghantaran?
Dalam tempoh 3 hari. Itu jaminan kami.


Bagaimana dengan kaedah pembungkusan yang digunakan ? 
Kami menggunakan kotak untuk menjamin kualiti produk kami dan mengelakkan kek dari menjadi cair. Kami sentiasa cuba memelihara kualiti produk.


Semasa self collect / self pickup , mampukah tempahan bertahan dari menjadi cair semasa didalam perjalanan ?
Bagi anda yang berminat untuk self collect / self pickup, jalan yang terbaik untuk anda gunakan adalah dengan memasang penghawa dingin/air cond semasa didalam perjalanan. Insya-Allah, tempahan anda tidak akan cair. 


Dimana lokasi pick up tempahan?
Mengikut keselesaan anda, pick up boleh dilakukan di Aman Perdana atau kawasan sekitar Klang, Shah Alam dan Subang.


Bagaimana hendak membuat tempahan
Anda digalakkan untuk mengisi online order form yang disediakan atau boleh juga scan QR Code di page tempahan kami. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnye 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah.


Sekiranya kami tidak berpuas hati dengan produk anda, bolehkah kami pulangkannya? Adakah 100% 'Money Back Guarantee' ?
Ya, anda boleh pulangkannya dengan syarat produk tempahan anda masih berada didalam kuantiti yang diterima dan wang anda akan dipulangkan 100% dengan syarat tempoh pemulangan produk tempahan adalah dalam lingkungan 1 hari dari tarikh penerimaan tempahan.

LinkWithin